Panduan Setting Jam Buruj Watch, Jam Tangan Azan Solat dan Arah Kiblat. 

Brand: Buruj Watches
Model:

1. Buruj Exclusive BW 03
2. Buruj Ramadhan
3. Buruj Qibla
4. Buruj Sport
5. Buruj Couple Adam Hawa
6. Buruj Lady Aysa
7. Buruj Orion (latest)





Setiap jam telah diberikan buku manual dalam Bahasa Inggeris, namun kami faham manual tersebut agak kompleks


Fungsi Menu Jam Buruj Watch


  • Paparan Masa Waktu Solat Akan Datang - contohnya To Duhr : 2 hours 1 minute
  • 5 Waktu Solat dan Syuruk - Di sinilah anda akan settingkan berapa BEEP bila masuknya waktu solat, maksima 59-60 beep
  • Arah Kiblat
  • Set Masa & Tarikh
  • Set Second (Saat)
  • City Select (Pilihan Bandar)
  • Language (Bahasa : English/Arab atau Melayu - Buruj Sport sahaja)
  • Kalendar Display(Hijri/Gregorian)
  • Time Display (AM/PM atau 24 Hours) - Di sini anda boleh setting mahu display saat atau tidak.
  • Azan Display (Cara anda nak paparkan waktu solat ada 3 pilihan : Waktu Solat, Minit, Kedua2 sekali)
  • Taqweem (di Malaysia pilih Malaysia atau default)
  • Azan Safety (sekiranya ada waktu yang tidak sama biasanya 1-5 minit anda boleh betulkan di sini)
  • DST Select
  • Alarm (ON/OFF)
  • Stopwatch
  • Volume (2 pilihan : Slow (1) - Kuat (2))
  • My Name (Paparkan nama/ayat di skrin jam maksima 7 huruf)
  • Moon Age
  • Penanda Quran (Ayat dan Surah)
  • Bateri Indicator (lihat status bateri jam anda) 



Button Menu Jam Buruj

Hanya menu Buruj Exclusive sahaja berbeza, menu button Buruj Sport, Ramadhan, Qibla, Lady Aysa, Couple dan Orion adalah sama





Panduan Setting Jam Buruj Watches



** Nota penting: Setiap jam yang anda tempah kami telahpun setkan basic setting untuk anda iaitu masa/waktu solat mengikut alamat dan taqweem.



Cara Set Bunyi Alarm (VOLUME ON)



Untuk mula gunakan alarm atau setkan alarm waktu solat, anda kene ON kan dahulu VOLUME

Tekan butang MENU
Cari VOLUME
Nak ON kan, tekan button MENU.
Ada 2 pilihan; 1 atau 2
Sudah pilih? Tekan semula button SET. Akan keluar tanda RIGHT. Siap!


Cara Set Alarm Waktu Solat 

Tekan butang MENU 

Cari waktu solat yang anda nak buat ALARM. Contoh nak setkan SUBUH.
Subh -> tekan lama sedikit button SET, anda akan nampak blinking.
Tekan sekali lagi button SET, ada tulis BEEPS OFF.
Nak ONkan, tekan button MENU anda akan nampak nombor 1 dan icon Kaabah. Jika nak lebih dari satu beep, terus tekan button MENU untuk tambah, dan button LAMPU untuk tolak.
Dah tetapkan berapa beeps anda perlukan. Tekan semula button SET sehingga keluar icon TANDA RIGHT.

Cara Tentukan Arah Kiblat

Tekan button MENU
Cari Qibla/Kiblat
Tekan button SET dan anda akan nampak anak panah dan icon Kaabah.
Cara terbaik tengok arah kiblat, pastikan jam tersebut tegak. Bila anak panah berhenti, maka itulah arah kiblat anda.


Soalan: bagaimana nak tahu betul atau tidak arah kiblat tersebut?

Tidak kira ke mana anda palingkan jam anda, arah kedudukan tetap menghala arah kiblat yang sama :)

Soalan: Bagaimana jika arah kiblat berubah-rubah kedudukan?

Ini bermakna anda harus calibrate jam tangan anda. 


Cara Calibrate Arah Kiblat


Nota: Jika jam anda sudah lama tidak menggunakan fungsi arah kiblat, kemungkinan bila anda gunakan akan terus keluar notis untuk calibrate. Namun, jika tidak keluar secara automatik maka anda harus calibrate sendiri jam tangan anda.

Tekan button MENU
Cari Qibla/Kiblat
Tekan button SET. Kemudian tekan button LAMPU, akan keluar CALIBRATE
Tekan button SET semula, dan ikut arahan tersebut.
Arahan ialah ROTATE. Bagaimana?
Pusingkan jam anda sehingga ayat ROTATE berhenti dan akan keluar anak panah bersama icon Kaabah. 


Cara Setkan Nama/Huruf Di Paparan Skrin Jam


Nota: Maksima 7 huruf anda boleh tulis di sini. Tulislah apa saja, nama, ingatan yang membuatkan hati anda gembira/alert setiap kali melihat jam tangan anda.

Tekan button MENU
Cari MY NAME
Tekan button SET sehingga keluar SHOW NAME ON.
Tekan MENU -> Show Name / Hide / NEW NAME
Pilih NEW NAME, tekan button SET dan anda akan lihat huruf A (blinking)
Bagi setting huruf, MENU untuk pilihan huruf/symbol, SET untuk seterusnya, dan LAMPU untuk kebelakang semula.
Pilih huruf anda nak, sudah tekan semula SET sehingga habis ayat/nama anda. Untuk matikan ayat/nama anda tekan button SET sehingga keluar icon TANDA RIGHT. Siap!


Huruf yang ada ialah dari A - Z, ', -, kosong ( ).



Cara Set Azan Safety


Azan safety digunakan jika waktu solat di jam jauh berbeza dari waktu solat di JAKIM. Kebiasaannya lari 1-4 minit. Jam ini menggunakan enjin/software maka ada +/- perbezaan tersebut berbanding sistem yang menggunakan detection internet/gps.


Tekan button MENU
Cari AZAN SAFETY
Tekan button SET sehingga keluar paparan FAJR (00) MASA. Fungsi button: MENU = Tambah, LAMPU = Tolak, SET = konfirm dan ke waktu seterusnya.
Susunan waktu solat, FAJR -> SHUROQ -> DHUHR -> ASR -> MAGRIB -> ISHA. 


Cara Gunakan Penanda Quran


Anda gunakan penanda quran ini sebagai rujukan anda berhenti mengaji, bookmark.

Tekan button MENU
Cari tulisan jawi, surah AL Fatihah, Ayat 1, Juzuk 1
Susunan : Baris atas nama SURAH, tengah nombor AYAT, bawah nombor JUZUK



Berikut adalah tutorial bagi setting jam anda


Buruj Exclusive



1) BURUJ-Tulis Nama

https://youtu.be/Q0v3iKyz7OQ

2) BURUJ- Qiblat & Calibrate

https://youtu.be/hP0VZgfK8IQ

BURUJ-Set Negara

https://youtu.be/m2Nqp8Wxbf8

BURUJ-Azan Alarm

https://youtu.be/zhH1LP1ej0A

5) BURUJ-Azan Safety

https://youtu.be/QMtDDgbnHHU

6) BURUJ-DST Select

https://youtu.be/aOP_M2g6X8I

7) BURUJ-Penanda Al Quran

https://youtu.be/wBTmZCRiNfk




Buruj Ramadhan/Qibla/Sport/Lady Aysa/ Couple/Orion




1) Cara Nak Set Nama

https://youtu.be/DwhSJ-Yu5Bc

2) Cara Nak Cek Arah Kiblat

https://youtu.be/-Qnm3x7nBds



Nota PENTING:

1. Waranti Setahun dari tarikh pembelian anda. Sila simpan kad waranti

2. Kupon RM10 boleh guna 1x sahaja. Digunakan untuk pembelian seterusnya



Jika ada sebarang pertanyaan, mohon hubungi saya di talian 018-9100 852




Terima kasih